Anakku : Idea mengajar pengiraan kepada sikecil dengan kaedah Playbased learning!

Wetotla seronok sangat bila ada rakan kongsikan link yang mengandungi gambar - gambar ini kepada kami. Memang kami mencari kaedah - kaedah playbased dalam mengajar anak - anak kami terutamanya anak yang kedua kami yang langsung tak berminat konsep dengan mengira menggunakan buku. Bila kita ajak beliau mengira pokok, duit syiling, pintu rumah dan apa jua disekeliling seperti permainan, seronok betul. Tapi kalau ajak duduk mewarna nombor - nombor ataupun mengira berapa objek yang ada didalam buku. Tak mahu. 

Jadi kami memang nak cari kaedah lain. Alhamdulillah.. untuk kami kaedah penyangkut baju itu memang beliau suka habis! Jadi satu keseronokkan kepadanya dan juga kami untuk melihat respon dan betapa mudahnya untuk beliau membuat pengiraan dengan cara itu. 

Dari gambar asal tiada link kredit diberikan, namun kami cuba letakkan source sehabis yang mana kami tahu berdasarkan watermark dan hasil google.. yang mana tiada tu, kami mohon maaf, memang kami tak dapat tahu lagi dari mana. 

Apa pun ini ialah satu kaedah yang sangat bagus dan mungkin boleh membantu kita dalam mengajar anak-anak supaya lebih mudah faham dan sekaligus menarik minat mereka untuk memahami konsep penambahan.



via : http://littlemindsatwork.blogspot.com/


via : http://frugalfun4boys.com/





via : http://mamapapabubba.com/


http://kindergartencenter.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Instagram