JALAN - JALAN : PENGEMBARAAN CAMERON HIGHLAND ~ BUKIT MERAH #2

Hari Kedua

Kami bercadang nak ke Mossy Forest di kawasan Brinchang bagi tujuan pembelajaran anak - anak kami. Dapat masuk sekejap pun jadilah kan... sebab peluang kita nak masuk hutan yang terkenal dengan kecantikannya semulajadinya itu tak datang selalu.

Nak dijadikan cerita, pagi itu hujan, jadi plan asal kami nak keluar awal itu dah di tukar ke bila sahaja hujan berhenti. 

Pukul 10 pagi itu barulah hujan berhenti, maka barulah kami dapat keluar.

Dah kami siapkan itenerary untuk hari kedua juga koordinat GPS untuk ke Mossy Forest ini. Maka kami pun bertolaklah. Dalam perjalanan hujan turun semula, dari renyai semakin lebat, maka kami pun rasa macam tak begitu teruja nak masuk hutan berlumut dalam keadaan begini. 

Jadi kami dalam mencari jalan ke Mossy Forest itu ternampak kawasan ladang teh Boh pada papan tanda itu, jadi kami pun teruslah ke sana. 

Boh Tea Plantation


Laluannya sungguh mengerikan.. (haha) sempit betul.. kalaulah kami bertembung dengan lori ataupun pikap oldskool yang terkenal di Cameron Highland ini, memang tak tergambar ngerinya. Udah la tepinya terus curam, dan ada gaung, jalan sempit.. rasa menyesal pun ada. 

Tapi sebaik sahaja sampai di kawasan penempatan pekerja dan kawasan parking bagi pelawat yang ingin ke Boh Tea Plantation ini, kami terkesima.

Masya Allah cantik sungguh! Jom tengok sedikit gambar - gambar yang sempat kami ambil ketika disitu.











Cantik sangat kan.. macam alam fantasi pun ada.. dari laluan sempit dan mengerikan kami sampai ke sebuah lembah yang penuh dengan ladang teh yang menghijau. Sejuk mata memandang.

Strawberry Farm


Seterusnya kami ke ladang strawberi dan kebun sayuran yang terletak di kawasan ini juga. Disini kita boleh memetik sendiri buah strawberi. Seronoknya anak - anak kami bila dapat peluang ini. Mereka boleh pilih sendiri dan gunting terus dari pokoknya, dan selepas dibasuh boleh dimakan sedikit. Cuma faham - fahamlah strawberi di CH ini kan masam sedikit, jadi tang makan tu, agak kurang terujanya.. (hehe)

 

 

Pekerja di ladang strawberi ini siap ambilkan gambar kami dengan cara yang sungguh kreatif. Mungkin disebabkan tempat ini agak terpencil berbanding yang di kawasan jalan besar yang lebih tinggi exposure-nya, jadi mereka beria - ia menambahkan servis ekstra sambil hint - hint mahukan tips lebih. 
  


Selesai bergembira kawasan strawberi, kami terus ke bahagian sayur - sayuran pula. Disini lebih seronok sebab banyak sangat yang ingin ditunjukkan pada anak - anak kami. Dalam nak mengajar mereka, kami sendiri pun teruja jugak dapat melihat sendiri segala jenis sayur - sayuran terus dari pokoknya.


 
Kami diberi untuk rasa Tomato Cherry yang kecil comel tu, biasanyakan masam, tapi yang disini Masya Allah memang sedap... rasanya lemak manis... bukannya masam seperti biasa itu. Rasanya kalau kami makan macam snek pun mesti tak sedar.

Kami suruh mereka cuba, tapi tak mahu.. jadi Papa Tot lah yang dimanjakan dalam kebun sayur nie.




Sampai di pokok ini jea, terus abang teriak "Aubergine!" wahh mereka cam rupanya dari flashcard yang selalu kami baca tu.




Kami galakkan mereka pegang, dan rasa tekstur daun, lihat bentuk pokok dan jenis buahnya.




Agak banyak kami beli, sebab sayur - sayuran kan.. lebih banyak kami beli, lebih bagus. Boleh la kita kenduri sayur selepas pulang nanti.

Disini juga ada menjual pelbagai pokok - pokok hiasan yang cantik. 



Pulang sahaja ke rumah, selesai solat, kami masih ada masa lagi, kami ambil keputusan nak pergi mendobi. 

Sejak mengenali coin operated laundry ini, kami memang suka pegi membasuh kalau ada peluang,. Lagipun semalam Nurdini muntah, ditambah dengan cuaca yang hujan sepanjang hari, memang tiada harapan untuk kering.

Kami pun mencari dobi ini, hampir frust jugak sehinggalah kami sampai di kawasan bandar Brinchang bersebelahan dengan Parkland Hotel. 

Dalam masa sejam, settle semuanya.. sempat la juga kami berjalan - jalan disekitar kawasan hotel ini. Puas hati!



Selesai membasuh kami terus pulang untuk membersihkan diri dan menyiapkan santapan untuk makan malam... menu kami pada hari kedua ialah Steamboat!

Steamboat sangat popular di CH ini, dan kami pernah makan di sebuah hotel waktu datang sebelum ini. Maklumlah kawasan sejuk, dapat pulak makanan panas, memang best!

Kami dah bawa siap - siap dari rumah segala makanan seperti persediaan BBQ, hanya perlu masakkan sahaja. Kawan pula yang meniaga Yong Tau Fu siap berikan kami kuah cicah yang sedap. Jadi tak perlu bawa kuah!


 


Kami masak menggunakan rice cooker jea, ala seperti biasa kami buat tu.. (hehe) 

Puas betul makan, lagi - lagi dengan tambahan sayur segar yang dibeli tadi. Alhamdulillah.



Selesai semuanya kami pun lepaklah diruang tamu sebelum naik tidur beramai - ramai. 

Info Lanjut :



PENGEMBARAAN CAMERON HIGHLAND ~ BUKIT MERAH #3

No comments:

Post a Comment

Instagram