Jalan - Jalan : Sky Rides Festival Park & Art of Speed Malaysia 2015


Wetotla ke Putrajaya untuk melihat tarikan baru disana iaitu belon panas yang dibuka secara tetap. Menarik betul sebab selalu bila ke Putrajaya International Hot Air Baloon Festival mesti Papa Tot teringin nak cuba naik. Kali ini ada peluang la nampaknya.. 

Waktu sampai Mama Tot tengok dah terasa - rasa gayatnya berada tinggi diatas tu. Kami pun cubalah masuk dan berjalan - jalan sekitar kawasan itu.

,





Anak - anak seronok la tengok sekitar kawasan berwarna - warni.. tapi bila diajak naik dengan Papa, semua tak mahu. Mereka nak dengan mama pulak.. sebabnya mama nak tunggu mereka kat bawah jea.. 


Agak besar kawasannya.. tengok sajalah papan tanda ini. 




Kami tak lama disini, Insya Allah datang lagi nanti.. 

Balik tu kami dalam perjalanan untuk menghala ke KL, kami singgah ke Art of Speed Malaysia 2015 di Maeps Serdang. 





Papa Tot dapat berjumpa dengan kawan lama beliau, Padin Musa, founder Abah & Sons Co. Motorworks





Kami minat betul dengan Mazda Pikap nie.. penah nak beli dulu.. tapi tak jadi.. cantik betul owner die buat..






Kami pun pernah ada Kombi.. dah jual.. dalam kenangan.. kalau tak hari - hari kita ambil gambar dalam tu yea.. (hehe)









Banyak kereta old skool selain yang custom-made.. lebih seronok kalau datang bawak golongan atuk pula, sebab terlalu banyak kereta zaman dulu - dulu yang mungkin mengundang nostalgia mereka..


No comments:

Post a Comment

Instagram