Resepi : Ikan Siakap Masak Stim Berbuka Puasa Ramadhan.



Wetotla share ini sebenarnya gambar ikan Jenahak tapi resepi ini selalunya dibuat dengan Ikan siakap.. jadi kite ambil nama Ikan siakap sahajalah yea untuk perkongsian ini yea. 

Kalau ada yang mahukan resepi yang tak menggemukkan namun menyelerakan ketika berbuka, bolehlah dicuba ikan siakap masak stim ini. Namanya pun sudah ada stim atau kukus, pastinya ianya sangatlah menyihatkan dan semestinya sedap!

Ditambah pula dengan sayur - sayuran berwarna warni untuk diratah seisi keluarga, maka terlebihlah khasiatnya.

Apakata anda cuba sekali dalam bulan puasa ini, ikannya tak kisahlah nak gunakan ikan apa pun asalkan ianya sesuai untuk dikukus / stim macam ikan kerapu, ikan kembung, ikan merah dan banyak lagi!








1 ekor ikan siakap yang sudah dikelar dan dipotong,(kalau pengukus besar tak perlu potong)

1/2biji bawang besar - dipotong halus.
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
4 biji cili padi - dipotong tebal.
1 inci halia - dihiris nipis dan dipotong kecil
1 batang serai - diketul dan dipotong empat.
1 biji lada benggala - diambil setengah dan dipotong panjang.
3 ketul kobis bunga - dipotong kecil
2 ketul brokoli - dipotong kecil
1 batang cili merah - dihiris tebal.
1 biji limau kasturi atau 1/2 biji lemon.
2 helai daun limau purut di buang uratnya
2 biji buah tomato - dipotong 4
Buah mangga - dipotong halus (jika ada)

1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram

Daun ketumbar atau daun bawang - potong halus.





Sediakan pengukus, kami menggunakan pengukus elektrik. Perap ikan dengan sos ikan, kicap cair dan sos tiram dan perahan limau atau lemon.

Selesai diperap, masukkan semua bahan dalam container pengukus kecuali daun ketumbar atau daun bawang. Ratakan bahan-bahan, di atas dan bawah ikan.


Mula mengukus dalam 10 - 15 minit sehingga ikan masak.


Tambahkan masa jika ikan tidak nampak putih isikan, dan jika nampak seperti ikan sudah benar - benar masak, bolehlah dikeluarkan dan dihidang.



No comments:

Post a Comment

Instagram