Resepi : Masak Lemak Sayur Taugeh


Wetotla asyik berkongsi tentang resepi jea kali ini kan.. ada sebenarnya entry lain yang nak di kongsikan, tapi sebolehnya kami nak lebih banyak share tentang resepi untuk memasak supaya boleh jadi rujukan sesiapa sahaja yang mencari idea untuk memasak ketika berbuka ataupun bersahur.

Memandangkan dibulan puasa ini kami lebih kerap masak dari bulan - bulan yang lain (haha), jadi alang - alang memasak itu, ambil gambarnya dan boleh sahaja sertakan resepinya sekali. 

Kesemua resepi ini ialah dari Ibu Mama Tot, jadi kalau ada lebih kurang tu harap maaflah yea.



Resepi yang kami buat ini selalunya dikategorikan mudah - mudah belaka. Ala rancangan kegemaran kami Dapur Bujang tu. Jadi sebolehnya harap dapat beri idea pada sesiapa sahaja diluar sana yang mencari resepi mudah dan cepat tapi sedap.

Masakan ini agak popular pada anak - anak kecil, sebab ianya berperisa dan tak pedas. Bagusnya masakan ini sebab walaupun anak - anak mungkin tak makan sayur, tapi khasiat sayur yang terkandung dalam kuahnya serba sedikit memberikan mereka nutrien yang sepatutnya.



5 biji bawang merah kecil atau 1 biji bawang besar
Secekak Taugeh
2 batang Sawi
2 sudu besar ikan bilis
1 batang cili merah
1/2 batang lobak merah dipotong halus
Secubit Garam

1 batang Fish Cake - dipotong nipis
1 pek Santan Segera (saiz kecil)
1/2 kiub bilis







Kisar bawang merah / bawang besar sehingga hancur dan masukkan ikan bilis. Kisar sekadar hancur kasar. 

Masukkan santan kedalam periuk dan masukkan bahan kisar tadi. Kacau sehingga mendidih dan masukkan lobak merah dan fish cake.

Kemudian masukkan batang sawi dan biarkan ianya lecur sedikit dan akhir sekali masukkan daun sawi, taugeh serta cili merah. 

Perasakan dengan Kiub Bilis kalau mahu, jika tidak hanya tambahkan garam sahaja. Selalunya kami kalau dah letak kiub tak letak garam dah.


No comments:

Post a Comment

Instagram