Dekorasi : (DIY) Bekas Plastik Jadi Pasu Bunga



Wetotla terkesima bila terlihat perkongsian dari blog thekimsixfix ini dan terfikir untuk buat sesuatu dengan butter pail yang ada berpuluh - puluh unit dirumah kami ini.

Kadang tu sayang nak buang bila melihatkan kukuhnya sesuatu produk itu, tapi tak tahu nak dibuat apa selain dijadikan baldi merendam pakaian budak - budak ini yang terkena stained.

Melihatkan gambar ini teruslah kami cergas untuk menghabiskan tali Jute yang sudah tercabut pada divider rumah kami itu. kami nak buat pasu bunga untuk projek menanam di Balcony Garden.

Untuk projek ini hanya sediakan;
  • Pail terpakai dari plastik,
  • Glue gun,
  • Tali - tapi kami gunakan jute, 
  • masa yang lapang.


Mula - mula bersihkan pail itu, lap ataupun kalau kami, terus sahaja basuh dengan sabun dan keringkan.



Sediakan Tali Jute dan panaskan Glue gun.



Cabut handlenya tunggu gam benar - benar panas.

Bila glue gun sudah panas dan merembeskan gam cair, anda dah boleh mula melekatkan, part ini memang sangat mencabar jiwa, bersyukur sebab gunakan tali jute, kalau tali yang lagi halus.. memang lebih adventure rasanya.

Buat sambil tengok tv. ok la sebab tak berapa nak boring kan.


Selesai melekatkannya bolehla dibiarkan semalaman untuk tengok samada ianya benar - benar keras. Dan esoknya boleh mula mengisi tanah selepas ditebuk dengan paku beberapa lubang dibawah dan dialaskan kain net sebelum mula diletakkan tanah.

A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

Kalau rajin kami nak cuba buat lagi.. dan bagi yang nak nak mencantikkan rumah untuk raya ini.. bolehla cuba.. kos membeli tali sebegini tidak mahal mana.. ada dijual di hardware atau mana - mana kedai DIY. Boleh juga gunakan kaedah sama untuk lekatkan reben pada clear jars atau pasu lama yang sudah retak. Dari bahan yang terbuang kini kita dah boleh jadikan hiasan utama dibahagian rumah.


No comments:

Post a Comment

Instagram