Dekorasi : Tutorial Makeover Jar Kaca #kitarsemula


Wetotla kalau ada diantara anda yang mempunyai hobi mengumpul jar kaca terpakai seperti kami, mungkin kita boleh berkongsi sedikit idea makeover supaya boleh dijadikan hiasan pada ruang tamu. Konsep Upcycle namanya, kita kitar semula dan beri nafas baru.

Projek ini sangat simple, hanya memerlukan beberapa bahan sahaja seperti :
  • Botol jar terpakai
  • Sticker handphone yang dihiasi batu permata
  • Sedikit reben yang cantik yang tebal lebih kurang 12mm (ukur terus pada botol dan gunting)
  • bunga plastik
  • Gam panas atau UHU
  • Span hijau untuk bunga (potong saiz kecil untuk disumbatkan kedalam jar)


Mula - mula basuh dan keringkan botol untuk pastikan tiada habuk.

Kemudian tampalkan reben pada bahagian atas jar untuk menyembunyikan kesan penutup. Gunakan gam panas ataupun UHU.

Selepas itu mula kopek dan tampalkan sticker dengan batu permata pada bahagian badan jar.



Tampalkan ikut kreativiti anda, macam kami buat ini, letakkan secara melintang dan tinggalkan gap sedikit untuk nampak dibahagian dalam.

Masukkan kertas bewarna kuning, yang ini kami masukkan serviette dari Ikea. 



Akhir sekali, masukkan span hijau untuk bunga dan cucukkan bunga, ingat untuk hiaskan mengikut kreativiti anda yea!



Dah siap!

Anda boleh pelbagaikan corak hiasan dan juga warna, yang penting ianya nampak cantik dimata anda.


No comments:

Post a Comment

Instagram