JJCM : Awie Nasi Lemak Tyre


Wetotla gunakan applikasi Foursquare untuk mencari kedai makan yang menarik untuk dinner, dan kami memilih untuk mencuba Awie Nasi Lemak Tyre ini yang mendapat rating tertingi dari warga tempatan dan juga pelancong.

Kedai ini lokasinya sebaris saja dengan Restoran Selera Awie, dan landmarknya ialah bangunan Tayaria yang hanya bersebelahan dengannya. Juga terdapat kedai Eco RM2.12 berdekatan.


Sewaktu sampai kami terus sahaja order Nasi lemak yang menjadi sebutan tu dan ternampak pula ada Pulut Durian dihidangkan, maka kami pun orderlah dua.

Ada juga kami tambahkan sate yang dijual juga di gerai ini.


Bila sampai, wow..  nasi lemaknya patutlah dikatakan special.. ada ikan tongkol sekali!

Bagi yang tak biasa pastinya rasa macam terfikir apakah rasanya bila makan dengan ikan tongkol, tapi apakata anda cuba makanan yang special macam nie.. sekali seumur apasalahnya..

Nasi lemak die memang sedap, sambal, nasinya, rangupnya ikan bilis, memang menepati selera Mama Tot.

Tapi Papa Tot rasa biasa sahaja, jadi ini mengikut pada selera anda.

Namun, pulut durian mereka memang meletup!


Nanti kalau datang ke Kemaman, Terengganu nie, marilah mencuba yea...


Awie Nasi Lemak Tyre

Alamat : Jalan Dato Omar, 24000 Cukai, Terengganu, Malaysia
GPS : 4.229301, 103.420356


No comments:

Post a Comment

Instagram