Jalan - Jalan : Pengembaraan Kuantan - Cherating - Kemaman #1


Wetotla berjalan lagi dan kali ini kami ke Pantai Timur. 


Sebelum tu nak cerita sikit... Hari raya tahun ini agak sedih bagi kami sebab bermula dari Mama Tot kemudian berjangkit ke Papa dan anak - anak dan ibu yang tinggal sekali dengan kami habis semua demam selama seminggu. 

Demamnya sangat teruk sampaikan kami tak dapat nak bangun langsung!

Nasib baiklah bawah rumah kami ini ada kedai mamak yang boleh kami call sahaja jika ingin membeli makanan, itupun hari raya pertama mereka tutup dalam demam2 pun terpaksalah masak apa yang mudah macam bubur nasi. Bila kami semua dah sembuh sedikit, ibu mama tot pula yang makin teruk sehingga beliau disyaki menghidap demam denggi dan tibi. Mujurlah selepas ke hospital beberapa kali membuat check-up, beliau cuma demam virus seperti kami. 

Risau dan agak terkejut dengan keadaan keluarga kami yang sakit secara tiba - tiba, namun kami akur itu ialah ujian bagi kami.

Alhamdulillah selesai sahaja demam, kami segar bugar dan bersemangat dan ingin kami teruskan misi belajar anak - anak yang sudah tertangguh iaitu Roadschooling. 

Asalnya kami ingin ke Pulau Langkawi dan ingin bercuti lama, tapi memandangkan cuti sudah diambil ketika demam, maka kami tukar untuk ke tempat yang lebih dekat dan boleh buat pelbagai aktiviti dalam masa 3 hari 2 malam sahaja.

Alhamdulillah kami dapat beli penginapan di Suria Cherating Resort melalui Trivago - Expedia, yang mana berharga RM253.00 pada RM116.00 sahaja. Maka kami ambil dua malam.

Bila diceritakan kepada adik ipar, beliau pun nak join, maka 2 keluarga akan bercuti kali ini. Lebih seronok sebab anak saudara kami itu memang suka berkawan dengan abang dan kakak. Mesti sikecil tu happy nanti.

via : Suria Cherating Resort





Perjalanan dari KL tidaklah lama jadi dalam masa 3 jam kami dah sampai. Proses check-in pula sangat cepat, dan tak perlu print apa pun untuk ditunjukkan kepada mereka, kami suka kerana kami memang setuju dengan konsep paperless begini.

Sampai sahaja terus anak - anak nak terjun ke dalam swimming pool. 

Ada satu sebab yang pastinya kami akan datang lagi.. 

Pool untuk kanak - kanak iaitu pool yang cetek sama besar dengan pool dewasa. Jadi kanak - kanak puas bermain!

Selalunya kecil sangat pool untuk kanak - kanak nie.. dan mereka pun nak berenang puas - puas dari hujung ke hujung, maka swimming pool resort ini memang buat kami teruja!







Puas berenang, kami ke tepi pantai pula.. Ini view dari pantai mengadap resort.


Cantiknya Cherating nie.. memang kalau ada kesempatan kami nak datang lagi..

Lautnya agak bergelora jadi kami main pasir sahaja.



Angin meniup sepoi - sepoi bahasa.. memang mendamaikan..


Papa melayankan anak - anak bermain pasir.. 

Tak berani nak masuk dalam air kata Papa Tot sebab agak kuat ombaknya.



Family adik tak sampai lagi kerana beliau terus ke Pantai Kemasik untuk ambil gambar sunset, jadi selepas maghrib, kami terus bersiap untuk makan malam di Tanjung Lumpur.

Dimana lagi kalau bukan di Ana Ikan Bakar Petai!

Lama sudah tak datang, tak tahulah bagaimana rasanya, dan sungguh kami tak sangka, dulu datang kedainya kecil sahaja, sekarang sangat besar dan di tepi jalan utama pun ada dibuka cawangannya. 

Masya Allah kagum kami dengan kekuatan perniagaan mereka yang berkembang maju. Bila kita lihat sistem servis mereka dan kualiti makanan, tahulah kenapa mereka berjaya seperti kini. 

via : FB Ana Ikan Bakar Petai

Tak banyak kami order, dan kami sempat ambil gambar yang ini sahaja. Apapun semuanya sedap! 

Jangan lupa tapau sata mereka sebab memang sedap sangat! Balik tu kami ada beli di tempat lain pun masih tak sesedap sata mereka.


Malam tu barulah kami bertemu dengan family adik. 

Sempatlah budak - budak nie bermain bersama. Memang kami bawa semua permainan dan buku - buku aktiviti yang menarik supaya malamnya anak - anak tak bosan dan sentiasa ada tempat untuk menyalurkan tenaga seronok yang banyak tu.


Esoknya hari Roadschooling pun bermula.. 

Selesai kami breakfast di resort, terus kami bersiap - siap untuk keluar, cadangnya nak pergi melihat nelayan menaikkan ikan di Pantai Kemasik.

Sedang menunggu Papa Tot keluarkan kereta, sempat lagi anak - anak mencuba ATV yang di parking di perkarangan resort.




Perjalanan dari Cherating ke Pantai Kemasik dalam 45 minit sahaja.

Sampai sahaja disana dah pukul 11, nampaknya nelayan dah naik kesemuanya. Maka, takde rezeki kami kali ini.

Alang - alang dah sampai, kami berjalan - jalan di sekitar pantai Kemasik yang cantik ini.

Ambil gambar family dulu.. terima kasih adik ambilkan gambar ini..

via : poiefoto


via : poiefoto

via : poiefoto






Bot - bot nelayan yang dah siap bersusun sebaik sahaja pulang dari menangkap ikan.





Kami mengambil peluang untuk explore tempat nie.. beri peluang pada anak - anak melihat sendiri keadaan disekitar pantai.


via : poiefoto 
via : poiefoto 
via : poiefoto





Kalau petang nanti kawasan yang nelayan lalu nie dah takde air.. surut sepenuhnya jadi boleh berjalan ke perkampungan nelayan di seberang sana. 

Ini nampak ada nelayan yang baru balik, tapi waktu nie kami rasa macam nak stay berjalan - jalan di kawasan Pantai sahaja.

Senang cerita malas nak menyeberangi air. 







Pesanan kami, kalau anda nak datang sini, bawaklah baju mandi sekali.. ataupun pakaian tukar.. sebab selalunya mereka tak galakkan mandi di pantai disebabkan airnya yang bergelora, tapi dikawasan ini sangat tenang, dan airnya cetek, sesuai untuk kanak - kanak bermandi manda tanpa kita risaukan ombak ataupun arus.

Geram tau.. kalau ikutkan hati nak terjun jea!



Selesai meredah, kami ke medan selera di sini.


Kasih seorang ibu.


Elok pulak ada orang meniaga ABC, maka kami pun orderlah! ABC dia lagi 'mewah' dari yang kami selalu makan, macam - macam diletakkannya.

Sedap dan tak berkira macam nie baru RM2.50 semangkuk!

Alhamdulillah.


Selesai menikmati ABC kami nak kebandar Chukai pula.. nak cari makanan tengahari.








Sambungan : Pengembaraan Kuantan - Cherating - Kemaman #2

No comments:

Post a Comment

Instagram