Jalan - Jalan : Pengembaraan Kuala Terengganu - Pulau Redang 2015 #2


Hari Kedua

Seperti yang dirancang, kami berjaya keluar seawal pukul 7 pagi dan terus ke Jeti Syahbandar.
Anak dara yang suka bangun seawal waktu subuh memang ceria-lah kan, cuma abangnya yang masih lemau akibat dipaksa bangun awal sangat.


Kalau kita ambil pakej di Redang Lagoon, harga yang kita bayar itu selain penginapan, makanan dan 3 kali snorkeling dan sewa bot kecil, termasuk juga harga tiket feri.

Malangnya kami terkena lagi seperti pengalaman yang lepas. Nama kami tiada dalam list dan terpaksa lagi hubungi cikpuan yang kami bayar deposit itu untuk maklumkan tentang kedatangan kami. Sedihnya bila kami call langsung tak angkat, hampir 10 kali. Jadi kami maklumkan pada pekerja di kaunter dan mereka beri no fon owner terus. 

Kata owner, ingatkan kami dah kenselkan kedatangan kami. Mungkin beliau tertukar dengan sesiapa, apapun kalau anda jadi menginap disini, double ataupun triple confirm dengan mereka yea. Owner mintak untuk bercakap dengan pekerja kaunter dan selepas itu kami pun dapatlah tiket kami.

Nasib baiklah kami datang awal kan, kalau datang last minute dan jadi macam nie mau kagettt.

Feri yang kami naik ini double decker, dan kami dapat duduk di bahagian atas. Yay!


Di atas feri Abang sambung tidur.

Sebenarnya abang demam semalam, hampir kami kensel malam tadi pasal suhu badan abang yang sudah semakin panas. Tapi sebelum balik hotel kami sempat ke farmasi dan beli ubat demam, jadi pagi ini abang sudah semakin reda cuba perlukan banyak rehat.

Adik pula sedang menikmati pemandangan sambil bertanyakan 1001 soalan.


Hepi sungguh adik sebab ini pengalaman pertama naik feri.


Papa bawak adik ke bahagian dek feri untuk adik tengok dan dengar bunyi enjin sambil melihat macam mana feri ini membelah lautan.


Di tengah laut, memang mendamaikan.



Suka sangat tengok buih laut.


Subhanallah.


Akhirnya selepas hampir 2 jam, kami pun sampai di Pulau Redang.


Cantik seperti kali terakhir kami sampai disana dahulu.


Sampai sahaja kami akan naik bot transfer yang akan membawa kami ke pantai. Disini tiada lagi jeti digunakan untuk menurunkan penumpang.


Adik tengah cari ikan ler tu.. yang disebut - sebut sejak kami ingin ke Pulau ialah nak tengok ikan, maka tercapailah hajat anak dara ini.



Tengoklah betapa cantiknya air tu.




Sampai dah kami ke pantai, masa untuk turun dan berjalan ke Redang Lagoon Resort. 


Sementara Papa ambil kunci, abang dan adik pun apelagi, masa untuk bersantai di hammock.


Bermain dengan kawan baru yang dah geng dari Jeti lagi.



Kawan dah masuk bilik berehat, jadi Adik pulak jadi tukang hayun..



Inilah tempat tinggal kami selama disini.


Quad sharing, dua tingkat memang puas la anak - anak bermain tangga.


Lepas berehat sebentar, kami ke dining area untuk makan tengah hari dan selepas itu terus kami bersiap - siap dan ke pantai untuk bermain pasir!


Cantik betul cuaca pada hari ini, sedangkan di Kuala Lumpur pada ketika itu sudah dikhabarkan berjerebu paling teruk.


Lepas puas bermain pasir, bila agak redup kami turun mandi.







Dah puas berendam, kami bersiap - siap untuk snorkeling. Untuk snorkeling yang pertama ini, kami dibawa ke kawasan pulau pulau yang kecil.


Cuaca  hari ini amat cantik, maka nampak cantik sungguh pemandangan didalam air.

Bila nampak terus kedalam air, maka takutlah si adik sebab nampak semua ikan dalam tu. Jadi kerjanya bergayut sajalah.

Abang pulak tengah terkesima melihat hidupan bawah laut.


Apapun kami semua enjoy sesangat.


Lebih kurang sejam kami disana, kami pun diminta pulang. Kalau ikutkan hati, 3 jam baru cukup rasanya tau.


Balik tu kami makan petang, sambung main pasir dan berendam sepuasnya sambil memberi ikan makan.

Malamnya pula ada BBQ. Mereka sediakan lauk pauk dan kita masak sendiri. Maka Papa Tot bakarkan kami macam - macam, dari Ikan, sotong, ayam hinggalah ke sosej. Kesudahannya anak - anak tidur lena sangat sebab keletihan dan kekenyangan.

Kesimpulannya, hari pertama di Pulau Redang ini memang best.

Tip : Belilah roti saiz jumbo khas untuk ikan ini sahaja, setiap hari cuba bawak ke pantai dan snorkeling dan juga mintak anak - anak beri sendiri ikan makan. Mesti mereka seronok sangat!


Info:
Redang Lagoon
Seaview Hotel
Jeti Syahbandar


Lihat sambungan Pengembaraan Kuala Terengganu - Pulau Redang 2015 #3


No comments:

Post a Comment

Instagram