JJCM : Medan Ikan Bakar Bawah Jambatan Kuala Ibai

Wetotla terjumpa kedai ini secara tidak sengaja ketika dalam Pengembaraan Kuala Terengganu - Pulau Redang 2015 , ketika menyusur sungai Kuala Ibai tu, kami berhenti disini, bila buka Foursquare, nampaknya restoran ini mempunyai rating tertinggi untuk lokasi seafood.

Memandangkan kami tiada plan untuk dinner dimana pada waktu itu, terus sahaja kami singgah ke sini untuk mencuba.



Konsep kedai ini sama seperti seafood yang lain, anda boleh pilih dan mereka akan masakkan mengikut kemahuan anda.


Waktu solat mereka akan berhenti rehat tau, jadi waktu kami sampai tu ketika masuk waktu Maghrib, jadi makanan sampai agak lambat, tapi kami tak kisah sebab kagum dengan cara restoran ini berkerja.

Cuma kalau anda dah tau jadi mudah anda rancang waktu untuk makan disini.


Inilah harga yang mereka tetapkan, mungkin berubah dari masa ke semasa.


Dari segi freshness, memang tip top! Anda pilihlah sebanyak mana makanan yang anda suka yea. 


Anak - anak memang takkan lepaskan peluang kalau bab masukkan makanan dalam pinggan nie.


Kami nikmati makanan disini dengan gembira, dari segi rasa, kami beri ok, dah harga pun ok.. tidaklah murah dan tidaklah terlalu mahal. 

Cuma kami pergi kemana - mana selalunya akan order menu yang sama, harga disini ialah paling tinggi dari kami makan di tempat lain seperti Tanjung Lumpur, Juwita Seafood Morib dan banyak lagi. 

Maaf kami tak ambil gambar lauk pauk yang sampai. Waktu tu kamera Mama Tot dah disimpan didalam kereta, dan kamera papa pula dah habis bateri, henfon pun sama. 

Ini gambar yang diambil dari Foursquare.





Ambillah peluang mencuba disini nanti yea.

Medan Ikan Bakar Bawah Jambatan Kuala Ibai
GPS : 5.279012, 103.168304



No comments:

Post a Comment

Instagram