Jalan - Jalan : Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta, Perak.

Wetotla ke Perak atas urusan, dan kami ambil kesempatan untuk explore Negeri yang terkenal suatu masa dengan Perlombongan Bijih Timah ini. Selalunya bila ke Perak mesti sebab nak naik ke Cameron Highland, atapun ke Bukit merah Laketown Resort. Tapi kali nie kami cuba untuk explore tempat selain percutian itu.

Hasil dari melawati website Trip Advisor, kami teringin nak melawat ke TT5 Tin Dredge, iaitu kapal korek untuk bijih timah yang terakhir masih ada di Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak. Ini ialah antara kapal yang pernah merangkul gelaran terbesar didunia ketika perlombongan bijih timah masih dijalankan.

Malangnya kami mendapat tahu yang tempat ini ditutup untuk renovasi sehingga diberitahu kelak. Jadi kami pun menukar tempat dan memilih untuk ke Kinta Tin Mining Museum yang terletak di Kampar.

via : Ipoh City Attractions
Museum ini yang dibuka pada bulan Oktober 2012 lagi, terletak bersebelahan sahaja dengan Pasaraya Econsave Kampar. Masuk PERCUMA yea. Namun ada diletakkan sebuah kotak untuk kita memberi sumbangan ikhlas bagi penjagaan museum ini. 

Waktu kami sampai tu ada sebuah keluarga yang baru sahaja keluar. Bila kami masuk, kami nampak cuma kami sahaja yang berada disitu. 

Memang best! 

Banyak ruang untuk kami jalan - jalan dan explore dengan bersungguh - sungguh!

 

Musem ini nampak sangat menarik dan terperinci sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalamnya. Dibahagian luar ada diletakkan Papan tanda Kongsi, yang menunjukkan seolah - olah ini ialah rumah kongsi yang mana menempatkan pekerja - pekerja pelombong bijih dan ada ditunjukkan replika palong dan cara perlombongan cara lama.





  

Amat mudah untuk menerangkan pada mereka tentang fungsi palong ini kerana siap dengan patung  yang menunjukkan cara melombong bijih pada zaman dahulu.


Gravel Pump yang digunakan untuk mengambil air dan memancutkan ke tanah bagi tujuan perlombongan.






Selesai kami tawaf di bahagian luar, kami masuk pula kedalam. Disini ditunjukkan pelbagai informasi tentang perlombongan bijih timah secara menyeluruh dari zaman kedatangan pekerja yang diambil dari Cina dan menggunakan cara lama untuk melombong hinggalah ke zaman terakhir yang menggunakan kapal korek.



Jenis - jenis kapal yang digunakan untuk membawa pelombong dari Negara China.


Pelbagai jenis dulang yang digunakan untuk melombong.





Suka betul part nie, gambaran pada zaman itu bagaimana mereka melombong bijih timah, lebih kurang pada tahun 1800 dahulu.



Bagaimana ianya berkembang sehingga gravel pump mula digunakan.




Boleh tekan suis untuk lihat apa yang dipanggil palong, kongsi, Tailing pump dan banyak lagi. Lampu akan menyala pada model mini dalam ruang pameran.








Kami menghabiskan masa lebih kurang sejam disitu, dan memang terlalu banyak sejarah, info dan juga penemuan yang kami dapat tahu. 

Percaya atau tidak, asalnya seekor gajah yang menemukan bijih timah di Perak, namanya Larut. Dari situlah bermulanya segalanya. 

Kita juga boleh tahu selain dari Pewter, tin makanan, apa lagi yang boleh diekstrak-kan dari bijih timah ini untuk pelbagai kegunaan lain.

Datanglah yea, untuk kanak - kanak sekolah datang bagi menambahkan ilmu, sangat bagus. terlalu banyak yang kita boleh belajar disini. 

Boleh tengok di dalam klip ini lebih banyak ruang yang kami dah explore ketika disana.



Kinta Tin Mining (Gravel Pump) 

Alamat : Museum Lot 126026, Jalan Batu Karang Taman Bandar Baru Kampar, Perak 
Tel : +605-4662632  Fax: +605-4664885 
GPS : 4.326307, 101.146432

Waktu Beroperasi : 
Isnin - Jumaat : 9:00am – 1:00pm 
Sabtu, Ahad, Cuti Umum : 9am – 4pm 

Masuk adalah PERCUMA.



No comments:

Post a Comment

Instagram