Resepi & Tutorial : Fish Nuggets Tortilla Wraps


Wetotla mendapat idea inspirasi untuk membuat menu ini dari rancangan Eat Street dari channel Nat Geo People tu.




Dalam rancangan tu mereka ketengahkan peniaga Food Truck di serata U.S yang menjual pelbagai jenis menu dari pelbagai negara. Kebanyakkannya ialah menu yang dicuba sendiri oleh mereka dan bila terasa sedap dan mereka cuba dijual, ramai pula yang jatuh suka dan mereka mendapat ramai pelanggan yang sanggup beratur hampir berjam - jam lamanya.

Terliur la juga bile tengok rancangan tu, maka teringin jugak nak buat sendiri berdasarkan kombinasi bahan - bahan yang mereka gunakan.

Menu nie kalau dirumah kami buat makan petang jea, haha, tapi kalau nak jadikan lunch pun boleh. wrap dalam plastik dan panaskan dipejabat, sebab selalu juga mama tot bekalkan papanya dengan sandwich nie. 

Bila buat tu kalau dapat banyak, terus wrap dan simpan jea dalam fridge, bila nak makan baru panaskan, still sedap.







Fish Nuggets - yang ini samada dibeli siap, yang mana boleh terus digoreng, seperti jenama Ramly, ataupun Pacific West 

ataupun anda boleh buat sendiri dengan membeli ikan dory, celupkan didalam tepung tempura dan goreng.

Roti Tortilla Putih

Garlic Butter Spread - kalau takde, gunakan butter biasa yang dicampurkan bawang putih yang sudah dicincang, sedap tau!

 

Buah Tomato Cherry - potong empat setiap satu, boleh juga gunakan daun salad dan kobis yang sudah diparut.

Kentang Goreng - gorengkan siap2 dan taburkan lada putih ataupun hitam.


Parmesan Cheese - serbuk cheese nie sedap!


Sos Mayonnaise
Sos Cili



Fish Nuggets ataupun fish cocktails tu anda potongkan kecil - kecil selepas digoreng. 


Kemudian keluarkan roti tortilla dan letakkan didalam pinggan, cuba panaskan dahulu didalam microwave ataupun dapur mengikut instruction pada pembungkus. 

Sewaktu masih panas, sapukan garlic butter keatas roti itu dan lepas itu sos mayonnaise pula.


Selepas itu mula letakkan ikan dan kentang goreng diatas roti dan diikuti dengan buah tomato dan juga parmesan cheese. Taburkan seperti ini.


Mulakan menggulung, sewaktu ini saya tak panaskan secukupnya jadi roti agak peroi, nanti follow instruction macam pada plastik pembungkusnya yea, mesti takkan jadi camnie.. hehe


Akhirnya siap!

Nak lebih menarik, letakkan dalam oven ataupun panaskan atas dapur yang mempunyai kuali leper dibahagian atas dan bawah sehingga nampak kesan - kesan hitam dan wrap menjadi keras. 

Waktu tu, memang sedap!


Jom tengok versi video pula.


Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment

Instagram