Anakku : Tips ajar anak sayangkan haiwan.


Wetotla perasan sangat yang kebanyakkan anak - anak kecil amat sukakan haiwan, tak kira apa jenis haiwan pun dan tak kira pada peringkat umur berapa pun anak - anak kecil itu. Dari bayi hinggalah yang sudah memasuki alam persekolahan.


Paling ketara dan nampak sangat perasaan sayangkan haiwan itu bila ada yang mintak nak bela kucing, ataupun nak bagi makan burung bila nampak burung atau macam - macam cara mereka nak mendekati haiwan itu.

Sifat sayangkan haiwan ini sebenarnya tersangatlah bagus. Malah kalau dari kecil sudah digalakkan, pastinya semakin besar rasa hormat dan perasaan tidak mahu menyakiti haiwan itu semakin menebal. Haiwan pun sudah terbukti yang mereka boleh memberi kesan positif dalam kehidupan pemiliknya seperti mengurangkan rasa stress dan juga anxiety hinggalah menguatkan sistem imun kita terhadap risiko alergik.

Malah bagi kanak - kanak autisme, mempunyai haiwan peliharaan dapat membantu mereka dalam pelbagai segi.

Maka, selain datang secara natural, kita mesti ajar dan terapkan kepada anak - anak kita untuk menyayangi haiwan sebaik mungkin. Adakah anda tahu yang sifat ingin tahu berkenaan sesebuah haiwan itu kalau tidak ditanamkan perasaan sayang dan hormat itu, boleh menjadi satu sifat lain seperti mendera haiwan pula. 

Berdasarkan pembacaan kami, antara langkah - langkah yang boleh diambil untuk tanamkan sifat menyayangi haiwan ialah:

Ajar anak-anak anda untuk menghormati haiwan.

Mengajar anak-anak untuk menghormati haiwan adalah langkah pertama dalam mengajar mereka erti berperikemanusiaan. Pastikan mereka faham apa perilaku haiwan yang boleh diterima dan apa yang tidak sesuai, dan juga ajar mereka supaya memahami bagaimana haiwan itu penting dalam kehidupan kita.

Bela haiwan peliharaan.

Tempat perlindungan haiwan mempunyai banyak haiwan yang memerlukan keluarga, jadi mengapa tidak bela satu? Kalau rumah anda flat, apartment atau kondominium lain lah ceritanya, tapi kalau rumah teres, mungkin boleh consider kan. Lawatan ke pusat perlindungan haiwan ini tak dikenakan apa-apa bayaran pun, bawa anak - anak ke situ dan kita tengok siapa yang pulang ke rumah dengan tersenyum lebar nanti.

Jadi sukarelawan pada tempat perlindungan haiwan.

Organisasi contohnya SPCA ataupun Pakmie Shelter banyak membantu haiwan yang kehilangan tempat tinggal mereka. Mereka sentiasa memerlukan bantuan para sukarelawan untuk mendapatkan haiwan dari jalanan ke dalam keadaan hidup selamat. Bantuan anda boleh datang dalam pelbagai bentuk, termasuk sumbangan kewangan atau pemberian masa anda.

Kisah positif terhadap haiwan.

Banyak dedahkan anak - anak kita dengan pelakuan baik manusia terhadap haiwan, selain membacakan buku berkenaan kisah haiwan, kami selalu juga bukak video die youtube dan tunjukkan video berkenaan manusia yang amat menyayangi haiwan. Secara tidak langsung dengan pelbagai kisah - kisah positif yang kita beri mereka dengar itu, ianya akan menjadi sifat kekalnya satu hari nanti, iaitu menyayangi haiwan.

Kesimpulannya, semuanya ini bermula daripada kita sebagai ibu bapa.

Kisah kami pula, sejak ada dijual makanan kucing dari Whiskas yang harga RM1.50 sepeket dikedai  - kedai runcit, kami akan membelinya dalam kuantiti yang banyak untuk anak - anak kami ini berikan pada mana - mana kucing yang mereka jumpa.

Dengan cara ini walaupun kami tak dapat nak membela haiwan itu dirumah, tapi sedikit sebanyak kami dapat jugak bina satu relationship berdasarkan kasih sayang antara beliau dengan haiwan.


A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on
A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

No comments:

Post a Comment

Instagram