Resepi : Spaghetti Bakar Cheese.








1 paket Spaghetti - dicelur
3 biji Bawang putih
1/2 biji Bawang Besar
2 biji Telur
1 cawan susu segar
3 sudu besar Sos Prego Tradisional
1 sudu Cili Kisar Ayam Cincang Sosej / Fishball
Italian Hebs / Oregano
Cheddar cheese dan Mozarella cheese






Rebus Spaghetti 
Tips : masukkan satu sudu kecil garam untuk menambah perisa, dan satu sudu olive oil supaya pasta tidak melekat nanti.

Masukkan hirisan bawang putih dan bawang besar dan tumis sehingga garing dan naik baunya. 

Kemudian masukkan cili kisar dan bahan-bahan basah iaitu ayam dan sosej, teruskan mengacau hingga masak dan sebati.

Masukkan pula sos prego, susu, telur, sayur dan gaulkan bersama spaghetti yang telah direbus tadi dan taburkan samada italian herbs ataupun oregano. 

Selesai digaulkan kesemuanya hingga sebati, masukkan speghetti yang dialam kuali itu kedalam satu loyang kaca yang telah disapu dengan butter.

Taburkan cheddar cheese dan Mozarella cheese sehingga menutupi permukaan speghetti itu tadi.

Bakar pada suhu 180'C selama 40 minit ataupun sehingga masak.


No comments:

Post a Comment

Instagram