Resepi : Cekodok Pisang


Wetotla kalau bab cekodok pisang, agak cerewet, kalau beli selalunya tak berpuas hati. Sebab dah biasa dengan resepi mak yang kurang tepung dan banyak pisang, maka bila banyak tepung kurang pisang agak kureng rasanya bila nak menikmati.

Jadi memandangkan cekodok nie selalu mendapat sambutan bila dijamu pada tetamu, saudara mara dan dulu bila bawak bekal kawan - kawan sekolah selalu cakap sedap, maka nak share resepi mak ini pada semua. Mungkin anda boleh cuba yang versi kami pula kan.







4 biji pisang masak
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
8 sudu besar gula perang
1 sudu besar gula kastor
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam







Lenyekkan pisang hingga lumat dan tambahkan tepung gandum berselang seli dengan, garam dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati.

Kemudian pecahkan telur dan kacau, dan kalau nampak agak lembik, masukkan tepung lagi. Teruskan menambah sampai nampak tak cair sangat.

Panaskan minyak dan kemudian goreng. Sampailah golden macam nie. 



Memang kalau buat nie tak cukup sebenarnya ikut resepi atas tadi tu, jadi apa kami buat, selalunya x 2 lah untuk dapatkan cekodok berbondong - bondong untuk dimakan oleh kedua adik beradik nie. 

Tengoklah waktu maknya dok mengambil gambar.. anak dara dah termenung keterliuran di tepi tingkap.



Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

Instagram