Jalan - Jalan : Pengembaraan Utara #2


Pengembaraan Penang ~ Kuala Sedim ~ Perlis ~ Langkawi ~ Sungai Petani ~ Taiping   #2

Hari Kedua



Perancangan hari ini ialah kami nak ke Tree Top Walk Sungai Sedim iaitu canopy walk yang melalui pokok - pokok di dalam hutan yang terpanjang didunia. Laluannya hampir 1 kilometer iaitu 925 meter dan merentasi Sungai Sedim sebanyak 2 kali. Ketinggian paling tinggi ialah 26 meter, dan dari situ anda boleh melihat keindahan hutan belantara yang masih tidak terusik.

Kami keluar seawal pukul 7.30 pagi dari Seberang Perai dan terus menghala ke Kuala Sedim. Berhenti bersarapan di Sg Kob sambil menikmati menu tempatan iaitu Nasi berlauk Kedah yang lazat.


Anak - anak dah breakfast masa kat hotel lagi, jadi time nie masing - masing blur dan mengantuk hasil menyambung tidur didalam kereta. Jadi yang galak breakfast ialah mama dan papanya-lah.


Disebabkan anak - anak tak breakfast sekali, kita bungkus sedikit kuih muih sebagai bekal. Karang kat sana mesti lapar kan, sebab ada terbaca yang disitu takde kedai makan ataupun kedai runcit berdekatan.


Setelah hampir sejam setengah bertolak semula dari Sg Kob tadi, kami pun tiba di Kuala Sedim.


Ini ialah pintu masuk ke resort, memandangkan ini ialah kali pertama tiba, maka parking berhadapan pintu gerbang ini dan berjalan keatas. Sebenarnya anda boleh masuk ikut pintu gerbang nie dan parking depan resort, jadi tak jauh nak berjalan, terutama kalau anda ada bawa warga emas sekali. 


Saat masuk ke sini, dengan suasana pagi lagi, memang mendamaikan, memang satu hari nanti kami nak menginaplah disini semalam dua, mungkin lebih seronok lagi.

Kalau yang berminat dengan pelbagai aktiviti lasak, memang macam - macam anda boleh buat, dari jungle walk, night walk, jungle trekking, flying fox, abseiling hinggalah ke paintball dan treasure hunt. 


Sebelum berjalan di tree top walk, anda perlu beli tiket dahulu.


Pada yang gayat, mungkin anda perlu tengok dahulu tahap kegayatan anda sebelum beli tiket, sebab dah terjadi pada Mama Tot. Memang tak boleh nak melangkah lagi, jadi sakit tangan dan kaki pasal terpaksa keraskan badan waktu melangkah tu akibat terlalu gayat, sama dengan anak bujang, jadi kami terpaksa berpatah balik. Hanya Papa Tot dan anak dara yang teruskan.







Bergantung pada cara anda explore tempat ini, ada yang habis dalam masa setengah jam sahaja, ada juga yang lama sedikit dalam 45 minit hinggalah sejam. 

Pesan Papa Tot, ambil peluang untuk berhenti, dengar bunyi - bunyian dalam hutan dan nikmati keindahan alam dari satu ketinggian yang kita tak pernah jangka akan lihat.


Walaupun kami tak dapat berjalan di canopy walk, kami teruskan juga explore kawasan sekeliling. Banyak serangga dan pelbagai jenis tumbuhan menarik dalam hutan nie.

Tetap seronok dan untuk kami ini sesuatu yang baru. Maklumlah kami jarang masuk hutan, mungkin next time kite boleh jungle trekking dan explore lebih banyak lagi.




Untuk anak - anak memang banyak sangat dapat dipelajari, banyak perkara yang baru dilihat, dengar dan dinikmati. Soalan jangan cakaplah, macam - macam ditanyakan.

Balik nanti kita akan go through balik kesemua soalan itu dan boleh belajar sama - sama.


Selesai lawatan disini, kami akan teruskan perjalanan ke Kuala Perlis yang mengambil masa lebih kurang 3 jam sahaja. Sebabnya kami nak dapatkan feri yang akan ke Pulau Langkawi pula!


Jom tengok bagaimana rasanya berjalan di atas Tree Top Walk ini!



The Tree Top Walk Sungai Sedim 

Waktu Operasi : 9.00am - 5.30pm (ditutup pada hari hujan, hujan ribut, angin kencang)
Bayaran Masuk : Dewasa - RM10.00 | Kanak - kanak (7-17)- RM6

Untuk tempahan: Syarikat Perushaan Azam Travel Sdn Bhd | No.15, Bangunan PKNK,
Jalan Tunku Abidah 09000 Kulim, Kedah, Malaysia
Tel : (604) 4901588 / 4910641
www.treetopwalk.com.my

Sambungan : Pengembaraan Utara #3


No comments:

Post a Comment

Instagram