Jalan - Jalan : Pengembaraan Utara #3


Pengembaraan Penang ~ Kuala Sedim ~ Perlis ~ Langkawi ~ Sungai Petani ~ Taiping   #3


Hari Kedua

Masih lagi kisah di hari kedua. Selesai kami ke Tree Top Walk Kuala Sedim, kami terus menghala ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi pula.

Hotel Mama Tot dah booked di Sandy Beach selama 2 malam, (nak murah punya pasal, awal ada diskaun) namun selain daripada itu kami main redah jea. Semalam cuak gak bile tengok tiket feri langsung habis online. Tapi Papa Tot kata kita pegi jea ke Kuala Perlis dan tengok samada masih ada atau tidak, kalau takda kita teruskan journey ke mana - mana tempat lain pulak. Jadi kami pun cuba sajalah redah mencari tiket di Kuala Perlis. 

Kenapa kami nak naik dari Kuala Perlis dan bukannya Kuala Kedah? Sebab ianya lebih dekat, dan memandangkan kami ada anak - anak kecil yang berkemungkinan akan cepat bosan penat dan meragam, jadi kami pilih untuk travel shorter route.

Alhamdulillah, selepas 3 jam, kami pun selamat sampai di Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis. Lebih seronok ada pun tiket! 

via: terminalbas.com

Kami digalakkan beli hanya sehala dulu, sebab kata brader ejen tu, kot - kot ada masalah ke nak balik pada tarikh yang ditetapkan, tiket tak leh tukar. 

Maka kami pun beli tiket sehala dan terus ambil kereta sewa sekali kat brader tu. Tengok online harga RM70 sehari untuk Myvi, kat brader nie kami dapat RM120 untuk tiga hari. Yes, sampai dalam hati ada rasa betul ke nieh? awat macam murah sangat? Berdoa je lah semoga betul.


Perjalanan ke langkawi mengambil masa 1 jam sahaja dan feri tersangatlah besar dan selesa. Dalam feri ada ditayangkan movie cerita melayu, memang enjoy dan relax sahaja dalam tu. Feri penuh tau, maknanya ramai jugak datang bercuti ke Langkawi walaupun bukan time cuti sekolah.


Langkawi


Kami sampai dalam pukul 4.30 dan terus call kereta sewa. Alhamdulillah dapat kereta yang elok, siap tinted gelap lagi. Best betul sebab faham - fahamlah kat pulau nie, panasnya lain macam. Kami isi minyak sebanyak RM30 dan terus ke Sandy Beach Resort untuk check in dulu. 

via : Agoda.com
Sandy Beach Resort nie terletak di Pantai Cenang. Kami nie dah lama tak ke Langkawi, terkejut tengok happeningnya Pantai Cenang! Dereten kedai yang rapat - rapat dan bertentangan buat kawasan ini nampak sangat meriah!

Kami yang asalnya letih kononnya, terus bersemangat nak explore kawasan Pantai Cenang. Lepas checked in dan solat, kami terus keluar berjalan - jalan. Balik tu kami rehat kejap dan malam tu keluar lagi untuk tengok apa yang ada, siap ada macam Uptown di hadapan Underwater World. Dapat lah Mama Tot beli selipar jepun dan anak dara dapat dress rainbow.

Hari Ketiga

Esoknya pepagi kami ke pantai bawak anak - anak mandi dan main pasir pepuas.



Lama jugak kami di tepi pantai, sampai nak tengah hari, dari tepi pantai, asyik berkalih kerana panas sampailah ke bahagian depan cafe Sandy Beach Resort. Bekal roti sapu butter dan kaya, biskut, air bancuhan kopi, milo sampai dah habis semuanya.



Selepas puas bermain di tepi pantai, kami plan nak ke Oriental Village sebab nak ke Muzium 3d Art in Paradise yang terkenal selepas tu.

On the way ke situ kami singgah ke Restoran Selera Kampung yang berhadapan dengan Hospital Langkawi. Memang tak menyesal langsung singgah sini, lauk pauk semuanya fresh, dah tu harganya tersangatlah berpatutan dan boleh dikatakan murah jugak. Kami suka makan seafood jadi dah biasa dengan harga kena sengat dan boleh tahu juga kalau harga itu berpatutan atau tidak.

Pilihan lauk jangan cakaplah, memang tersangatlah banyak! Tonton klip youtube kami dibawah untuk tengok banyak macam mana yang kami maksudkan tu.

Kalau ada peluang cubalah restoran mereka nie yea.

via : makanhotspot.com
Selepas itu kami teruskan perjalanan ke Oriental Village di Panorama Langkawi, agak tersorok tempat ini dan mujurlah ada Google Maps yang mana akhirnya kami sampai.


Tempat ini agak happening, ramai pelancong ke sini dan bermacam tarikan ada yang sesuai untuk kanak - kanak dan dewasa.

Panas jangan cakap.. pastikan anda kalau ke sini, pakai pakaian yang menyerap peluh, dan bawa topi, cap dan apa jua yang boleh menyejukkan badan.


Tempatnya agak besar, ada macam - macam disini, dari gerai - gerai kecil, cable car, 3d art museum hinggalah ke muzium coklat yang sangat menarik.

 






Kami sukakan konsep mereka yang menyediakan playground di sekitar kawasan ini. Sebabnya bila anak - anak dah penat dah bosan, mereka akan jadi exited semula dengan pelbagai playground ini.


Setelah puas berjalan - jalan disini, kami mencuba Duck Tour, iaitu pengalaman menaiki amphibians truck yang akan membawa kami dari Oriental Village ke kawasan Danna Hotel dan turun ke Marina Bay Telaga Harbour dan pulang semula ke Oriental Village. Lawatan ini mengambil masa lebih kurang selama 45 minit.

via : langkawi-gazzette.com

Sebenarnya tiket untuk Duck Tour dan Art In Paradise ada dijual sebagai kombo dan kami save sedikit. Itu yang kami cuba keduanya sekali.


 Untuk melihat pengalaman kami ketika di atas amphibians truck, boleh tengok video dibawah.


Memang pengalaman Duck Tour ini sangat berharga. Takda peluang-nya kita nak drive sesaja sampai ke tengah laut.. kann..

Selepas lawatan ini kami terus ke 3d muzim - Art In Paradise.

sambung ke Pengembaraan Penang ~ Kuala Sedim ~ Perlis ~ Langkawi ~ Sungai Petani ~ Taiping   #4

Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis
GPS :  6° 23' 53” N 100° 07' 45” E
Harga Tiket Kuala Perlis - Langkawi
Dewasa : RM18
Kanak - Kanak : RM13

Restoran Selera Kampung
GPS : 6.322812, 99.796359
Alamat: Jalan Bukit Malut, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Tel: +60 11-2425 5054
Hours: Dibuka setiap hari · 8AM–5PM

Oriental Village / Panorama Langkawi
GPS : 6.36145, 99.791
Alamat : Panorama Langkawi Sdn Bhd | Cable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah, MALAYSIA
Tel:[6]04-959 4225/1225 F:[6]04-959 1121/4121
Email: info@panoramalangkawi.com



Sambungan : Jalan - Jalan : Pengembaraan Utara #4


No comments:

Post a Comment

Instagram