Jalan - Jalan : Pengembaraan Utara #4

Muzium 3d, Art in Paradise

Pengembaraan Penang ~ Kuala Sedim ~ Perlis ~ Langkawi ~ Sungai Petani ~ Taiping   #1

Hari Ketiga


Turun sahaja dari Duck Tour, kami terus menghala ke Muzium 3d pula. Sempat singgah main bumper car sekejap. Papa Tot pun join sekali.


Selesai bergembira, kami pun masuklah ke Muzium 3d, Art in Paradise yang sangat popular dikalangan pelancong. Sekarang kalau ke Langkawi dan tak singgah ke sini macam tak lengkap pula rasanya kan.


Tempatnya sangat besar, dan kita perlu buka kasut dan simpan dipintu masuk, nombor akan diberikan. Lepas tu bolehla kita terus explore keseluruhan tempat ini, macam - macam lukisan ada, dan memang gempak.  Kalau anda pergi waktu ramai orang rasanya agak struggle waktu nak ambil gambar, kena beratur dan tunggu, lepas tu kalau orang yang dok ambil gambar tu tak cukup dengan 10 gaya, maka berjanggutlah jugak.

 

















A photo posted by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

Selesai disini kami terus keluar dan balik ke hotel. Letih sesangat dah waktu nie, takde menyinggah pun. Selesai bersolat dan berehat, petang tu kami keluar semula untuk makan malam di Pekan Kuah.

Semalam pun kami dinner sana, so far makan di Pekan Kuah agak murah dan sedap, maka kami rasa tersangatlah berbaloi. Jadi kami repeat lagi makan seafood kat area sama. Macam mana kami tahu sedap, kami tengok dalam Foursquare.


Lepas dinner kami berjalan sekitar Pekan Kuah, singgah beli di Duty Free sedikit coklat sebagai kudapan dan cenderahati untuk family dan lepas tu kami terus balik Hotel.

Kononnya bercadang nak berjalan sekali lagi di kawasan Pantai Cenang, tapi anak - anak pun keletihan pada hari ini. Maka kami pun tidur cepat.

Esoknya kami nak balik dah, sebelum tu perancangan kami nak ke Underwaterworld waktu pagi tu.

Art In Paradise, Panorama Langkawi
website : artinparadise.com.my
waktu beroperasi : 9:00am - 6:00pm


Sambungan : Pengembaraan Utara #5



No comments:

Post a Comment

Instagram