Jalan - Jalan : Petrosains di KLCC.


Wetotla baru pertama kali menjejakkan kaki ke Petrosains ini. Kami ini, nama jea orang KL dan rasanya dah berpuluh kali berjalan - jalan ke KLCC, tapi ini baru berpeluang masuk sendiri untuk explore apa yang menarik di Petrosains ini.

Untuk pengetahuan semua, waktu lawatan Petrosains ialah dari hari Selasa hingga ke Jumaat dari pukul 9.30am - 5.30pm. Tapi last anda boleh masuk ialah pada pukul 4.00pm.

Kami pernah la nak datang sekali dulu.. datangnya pada hari Isnin, maka pulang dengan perasaan hampa jelah.

Jadi ingat yea, Isnin cuti maka jangan datang pada hari itu. 

Jika datang pada hari lain, pastikan anda datang awal, sebaik waktu dibuka pun ok.. memang tak puas setakat sejam dua didalam tu. Terlalu banyak benda menarik untuk dilihat.

Jom tengok map, maka rancanglah perjalanan anda sebaiknya.





Bayaran masuk, kalau dikira dari info yang diberi di website mereka sepatutnya ialah RM56 untuk kami sekeluarga, tapi dapat diskaun agaknya, hanya dikenakan RM35 sahaja. Tersangatlah berbaloi rasanya, rasa macam murah sangat pun ada. Ye lah sebab lokasinya di KLCC dan tempatnya yang gempak sesangat. 

Memang highly reccomended la yea pada sesiapa yang nak bawak anak - anak yang ramai datang belajar kat sini. Kalau kat tempat lain agaknya dah beratus ringgit kena.



Sampai sahaja kami kena beratur untuk naik "kapal angkasa" nie, waktu naik tu pun dah terasa WoWnya tu, belum masuk dalam lagi.

Anak - anak dah macam tak sabar nak tahu what's next, mak bapaknya pun sama.




Saat masuk sahaja memang melompatlah budak - budak nie, maunya tak seronok sebab macam Pusat Sains yang kami selalu pergi tu. 

Jadi misi explorasi mereka pun bermula.. bezanya kat sini ada volunteer, jadi mereka akan bantu budak - budak nie untuk fahamkan apa yang mereka tengah cuba tu. 


Tengok nie, kena yang peramah macam kakak volunteer nie, habis diceritakan A - Z pada abang. Best!


Mama dan papanya pun sibuk tengok itu ini, untuk belajar apa yang kami pun tak tahu selama ini. Seronok bila sekeluarga boleh tambah ilmu disini.



Belajar menggunakan excavator disini. Waktu kami pergi biasanya tak ramai pengunjung, maka mereka boleh guna selama mana yang boleh. Memang seronok la budak - budak nie.









Kagum melihat mata gerudi yang bersaiz gergasi.


Pada jalan keluar tu, ada kakak - kakak volunteer tengah buat belon, walaupun budak - budak ini tak dapat pun waktu lalu disitu, tapi mereka dengan beraninya patah balik dan pegi minta sendiri kat situ.. hehe.. tak acila.. budak mat salleh tu dapat tadi.. dieorang pun nak jugak.


Ingat ya, kalau ada peluang bawak anak - anak ke sini. Datang pada hari biasa kalau boleh, ambil cuti sehari sahaja pun ok. Memang banyak sangat yang mereka boleh belajar. 


Petrosains, The Discovery Centre
Level 4, Suria KLCC,
PETRONAS Twin Towers, 
50088 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
www.petrosains.com.my/plan-your-visit


No comments:

Post a Comment

Instagram