Anakku : Happy 7th Birthday Abang!


Wetotla celebrate harijadi abang lagi! Tambah setahun usia dan semakin seronok tengok kematangan anak bujang kami nie. 

Sekarang dah tak perlu cakap 2 - 3 kali untuk bantu apa - apa urusan rumah dan sedikit sebanyak sikap abang nie banyak mempengaruhi sikap adik.




Kami celebrate di rumah atuk dan uwan pula kali ini atas permintaan abang.. dan memang happy sesangat abang pada hari tu.

Sejak dapat stand calendar dari ejen insuran kami.. beliau dah mula menanda setiap hari untuk menghitung saat ke tarikh harijadinya.

Dengan menggunakan kalendar yang ditandakan setiap hari, kami dapat belajar tentang hari, bulan dan tahun tanpa menghafal. Setiap apa yang kita lalui akan kita ingat kan, lagi - lagi setiap kali menanda kami akan minta abang sebut tarikh pada hari itu.

Sedar tak sedar dah 8 nama bulan beliau dah ingat tanpa menghafal. Sekarang kami countdown ke harijadi adik pulak.


Tahun ini abang dan adik tak ada request special kek ke apa.. katanya tak kisah.. so...

Kek untuk tahun ini kami beli di Pistachio Bakery. Kek abang tu kek aiskrim dan tersangatlah sedap. Di Pistachio, kalau kita jadi ahli akan dapat diskaun kaw - kaw punya.. Banyak jugak kami save dengan pembelian kali nie. Kami siap beli roti dan macam - macam lagi untuk atuk dan uwan, total semua baru RM150 termasuk kek abang dan adik nie. 

Memang berbaloi!











Kek yang cantik diluar, dan sedap didalam, tapi kalau ikutkan kek adik lebih sedap.. lembut dan tak manis sangat.. kire kami puas hati dan happy sangat!


Hadiah abang tahun nie... 

Mama dan Papa dah beli voucher di Groupon dengan tawaran yang sangat berbaloi ke Bukit Gambang dan memang best sangat dapat celebrate di water park dan safari

Dipendekkan cerita, untuk trip ini kami save RM408 dan siap dapat upgrade ke bilik di Arabian Bay yang lebih mahal dari yang kami sepatutnya dapat. 

Pengalaman kami disana, akan kami share di post baru nanti.




Kata abang selepas kami pulang dari Bukit Gambang... " It was my best birthday ever! "



No comments:

Post a Comment

Instagram