Tutorial : Cara Buat Kad Maybank Online dan Personalised Dengan Gambar Sendiri.


Wetotla dah dua kali ke cawangan Maybank terdekat untuk menukar kad, malangnya tiap kali datang kami diberitahu terus oleh mereka yang bertugas, memang akan mengambil masa yang lama untuk kami terus menunggu pada hari itu. 


Jadi dah dua kali jadi macam nie, kami pun ternampak yang page popular dok share pasal tukar kad debit maybank guna gambar PTPTN supaya ingat dari mana datangnya duit tu.. haha, jadi kami cuba google dan jumpa link tu.


Langkah pertama : Klik pada link ini



Langkah kedua : Klik pada ruangan how to apply tu.




Langkah ketiga : Klik Accept selepas anda selesai membaca Terma dan Syaratnya.

Langkah keempat : Pilih gambar yang anda mahukan dengan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Maybank.




Langkah Kelima : Upload gambar yang anda berkenan dan jika tak berkenan, boleh sahaja klik pada tab choose different image.




Langkah keenam : Bila selesai upload, akan keluar notification yang bertahu dah settle.



Langkah ketujuh : Pilih lokasi yang anda collect dan masukkan email anda.



Langkah kelapan : Selesai semuanya, anda akan dibawa ke page ini yang memberitahu anda akan dimaklumkan dalam masa 1 hari bekerja.  Nombor untuk dihubungi juga ada jika ada bermasalah nanti.



Jadi, kalau anda nak jimatkan masa ataupun nak letak gambar anak - anak, perkahwinan, percutian ataupun apa sahaja, boleh cuba cara ini.


No comments:

Post a Comment

Instagram