Jalan - Jalan : The Grand Beach Resort Port Dickson


Wetotla datang lagi ke The Grand Beach Resort di Port Dickson selepas membeli voucher diskaun di Groupon. Kali pertama kami datang dulu secara belasah sahaja dan kos untuk tinggal di hotel ini 1 malam kalau tak silap RM250.  Jadi bila melihatkan ada diskaun hebat untuk hotel yang sama ini, kami pun belilah.

Anda boleh lihat contoh kat bawah nie, diskaun biasa - biasa yang kami google dan jumpa.




Ini pulak diskaun yang kami dapat, 50% untuk hotel yang sama.. maka "mengapa bayar lebih?" kann..

Disebabkan kami dah pernah pergi dan tau kat area pantai belakang hotel nie memang best, maka kami pun book lah satu malam untuk ke Port Dickson. Agak lama jugak kami tak sampai sini. 

Proses booking kali ini memang boleh kasi 5 bintang. Setiap email dibalas serta merta dan tak perlu nak print voucher ape pun, walaupun diberi no booking, sampai sana sebut nama sahaja dan boleh terus check-in. 

Syukur pengalaman kali ini tersangat berbeza dengan hotel yang kami pegi sebelum nie. 



Kami sampai awal, lebih kurang pukul 9.30 pagi haha.. mintak nak check-in, tapi waktu sampai diperkarangan tu dah nampak kereta banyak meaning hotel penuh, dan seperti yang dijangka hotel memang penuh. 

Tapi kami diberi untuk terus ke pantai belakang sementara menunggu waktu masuk bilik. Katanya dalam pukul 3petang baru ada.

Maka kami pun terus ke pantai sambil mengagumi hotel lama tapi masih menyengat nie.


Bagi yang perasan hotel ini dari tepi jalan, nampak gah betul senibina Minangkabau mereka kan. Walaupun hotel nie dah lama, tapi waktu kami datang nie, banyak bilik yang nampaknya sedang melalui proses upgrade. Mesti cantiklah bilik baru tu nanti, sebab masa nak guna tandas dikawasan yang baru dimakeover tu, nampak modern dan baru semuanya.


Bilik yang kami dapat tu masih lagi nampak lama, tapi air-cond sejuk dan bilik hotel agak bersih. Waktu kami datang dulu, air-cond bermasalah dan kami dapat tukar bilik. 


Pool area mereka memang best! Luas dan dalam... untuk anak - anak kami memang sekali dah masuk susah benarlah nak keluar.. termasuk papanya jugak. hahaha.


Waktu kami pergi nie dekat dengan sambutan Hari Malaysia. Seronok tengok Bendera Malaysia dikibarkan dalam bangunan hotel ini.




Waktu tiba dipantai, macam - macam aktiviti ada kat sini. Dari jetski hinggalah ke banana boat bersimpang siur nampak orang ramai dari arah pantai. 


Aktiviti anak - anak kami, apa lagi.. main pasirlah kerjanya.




Kami dapat check-in dalam pukul 12.. saja jea pegi tanya kat kaunter, dan terus dapat bilik. Maka kami masuk bilik dalam waktu tu, selesai solat terus keluar jalan-jalan cari makan di kawasan Teluk Kemang. 

Petang tu sambung swimming sampailah maghrib.

Esoknya kami pegi breakfast di hotel, kat sini budak tak perlu bayar, selalunya kami kena bayar untuk abang, kat sini hotelnya nampak sangatlah tak berkira dengan tetamu mereka. 

Selesai bersarapan, anak - anak dengan papanya sambung swimming lagi sebelum checkout.


Tang makan pun kami boleh kasi two thumbs up untuk kesemua menu yang dah kami cuba, dari Nasi lemak, omelette, waffle, sehinggalah ke hard boiled eggs dan bubur nasi. Sedap!


Abang makan sekeping waffle, itupun nasib baik nak breakfast, kalau kat rumah tak bape nak makan pagi. 



Adik makan cereal siap bertambah semangkuk, katanya sedap.. bebetul lapar anak - anak hasil dari asyik swimming jea.


Shower dulu sebelum masuk pool yea.. dan waktu nak balik pun sama, kena cuci segala air klorin yang melekat kat badan tu. 


Memang layan betul swimming pool hotel nie, besar benau.



Sambil mereka mandi, Mama Tot jalan - jalan ambil gambar yang dirasakan menarik. 







Selesai checkout kami pun terus pulang ke rumah. Ada harapan kami datang lagi nanti.

Bagi yang berminat untuk melihat voucher diskaun menarik di Groupon, boleh klik disini.


The Grand Beach Resort
GPS : 2.4345855 (Latitude), 101.8630253 (Longitude)
Alamat : 5th Mile, Jln Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: +60 6-647 4090
E-mail: info@grandbeachresortpd.com



FOLLOW Wetotla di Instagram

No comments:

Post a Comment

Instagram