Dekorasi : Diy Stensil dari Cardboard Untuk Hiasan Dinding.


Wetotla terjumpa balik gambar lama yang mana waktu tu rajin nak shoot, tapi lepas tu lupa save kat mana dan langsung lupa nak kongsikan! 

Jadi dah alang - alang terjumpa, walaupun lama dah tapi masih berguna ilmunya ini. Ilmu diy stamping di dinding kita tanpa pening kepala nak keluarkan kos yang banyak. Kos yang kami keluarkan untuk projek ini, hanyalah cat bewarna emas itu semata - mata. Lain - lain seperti berus cat, cardboard, dan yang lain - lain tu semua dah ada. 

Kami beli cat ini di Ace Hardware, beli cap Nippon sebab memang suka pada kualiti catnya itu. Tapi terpulang mengikut budget masing - masing, asalnya warnya cantik dimata anda dah kira ok.


Selanjutnya, jom lihat cara - caranya...

Untuk dapatkan saiz stamping yang diinginkan, hanya perlu google corak mana yang dimahukan, dan print mengikut saiz itu. 

Tips : Kalau saiznya kecil, banyak kali nak kena stamp-kan, jadi kami print dalam saiz A3 dan dapatlah saiz yang anda lihat ini.

Cari kotak terpakai, potong ikut corak yang anda inginkan itu.


Sebelum dilubangkan bahagian tengahnya.

Selesai dilubangkan.

Bila stencil anda dah ready, pasti anda terfikir macam mana nak stamp-kannya nanti dengan cara paling mudah.



Anda boleh ikut idea yang kami ingin ketengahkan ini iaitu dengan menggunakan binding tape lekatkan seperti didalam gambar tu.


Untuk memudahkan kita nak stamping nanti, tambahkan kayu, pembaris atau chopsticks seperti yang kami gunakan tu. 


Kami tambahkan lagi pembaris besi yang keras  supaya tak mudah berlipat nanti.


Maka bermulalah acara menghias dinding, caranya dengan mengecat pada kertas dan stampingkannya, kami tak mahu tuang cat dan tekan sebab nanti terlalu pekat. Cara ini akan menghasilkan cat yang nipis dan menampakkan garis - garis pada kertas tu.



Opps, tertanggal.. haha!

Maka waktu ini kami terpaksa buat yang baru dan sambung stamping. Bagi kawasan yang nampak macam cat tak lekat, boleh touch up sikit bagi nampak kemas.


Ulang dan teruskan sehinggalah penuh diding anda. Hiaskan mengikut kreativiti dan taste anda. 

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Instagram