Jalan - Jalan : Jump Street Trampoline Park, Petaling Jaya.


semalam kami di #jumpstreettrampolinepark #petalingjaya

nak kesana guna waze sahaja.. Insya Allah jumpa.


bayaran masuk RM25/org untuk sejam pertama.. sejam seterusnya hanya RM10.

sewaktu masuk kena daftar dan sign waiver form.

lepas tu akan dapat gelang bewarna..

kami sampai dalam pukul 11.20.. kalau nak terus masuk tambah RM10.. sebab ada waktu - waktu tertentu yang dibenarkan masuk gelanggang.

kami pilih untuk tunggu sampai pukul 12.00 dan akan ada pengumuman mengatakan gelang bewarna apa dan apa yang boleh masuk ketika itu.

maka bermulalah acara melompat mereka dari satu section ke satu section yang lain.

staff kat sini sangat - sangat membantu, untuk 1st timer macam #anakbujang dan #anakdara, mereka akan diajar do and don'ts ketika melompat.. dan gaya - gaya melompat yang boleh dicuba selain lompat berdiri.

dan ada ketika tu, abang injured di pergelangan kaki.. mcm terpeleot.. 

staff datang dan ajar macam mana nak betulkan balik.. lepas tu elok jea melompat - lompat balik.. 

weekdays selalu ada offer tau.. dulu teringin nak pegi pasal ada offer RM10 sahaja sekali masuk dah lompatlah sampai penat.. tapi dok bertangguh - tangguh sampailah semalam baru pegi.. 

tapi takde dahla offer tu.. 

kenapa nak lompat #trampoline

▶️Aktiviti Melompat bagus utk keseimbangan tubuh anak
▶️Berdasarkan kajian, aktiviti melawan graviti dapat meningkatkan pengaliran oksigen ke otak untuk memudahkan proses pembelajaran anak.

dan banyak lagi.. 

anak - anak kecil pun boleh melompat, ada kids section untuk sikecil melompat kegirangan disitu.

so kalau yang belum pernah mencuba.. mungkin boleh datang try.. mak ayah pun boleh tau...


A post shared by Ellinnur Bakarudin (@wetotla) on

No comments:

Post a Comment

Instagram