Jalan - jalan : Maui Motorhome di Perth, Western Australia #2


Sambungan dari Jalan - jalan : Maui Motorhome di Perth, Western Australia #1

Campsite / Caravan Park

Tak habis lagi cerita tentang campsite ataupun caravan park. Kesemua campsite / caravan park yang kami tinggal tu semua dah ditempah dan bayar ketika di Malaysia lagi. Pembayaran dibuat secara online, dan kami simpan email confirmation mereka didalam sebuah file.

Sistem mereka sangat efisen, dari proses booking, pembayaran dan confirmation tentang tempahan kita tu. Walaupun proses tempahan nampak terlalu cepat dan smooth, bila sampai sana sahaja pasti dah ada nama anda dalam senarai tempahan, malah kalau anda lambat sikit sahaja, tepat pukul 5.30 akan masuk email dari mereka mengatakan kalau lambat masuk nanti terus ke kotak reception dan ambil sampul surat yang mempunyai nama anda.

Dalam tu dah siap kesemua kad kunci, nombor lot parking (atau mereka beri anda parking dimana sahaja) dan kod wifi.



Juga, kalau kami rasa akan sampai lambat, emailkan sahaja pada mereka dan segala prosedur mereka akan sama seperti yang lain cuma kitalah ada courtesy untuk inform kalau lambat.

Bagus cara kerja mereka, sebabnya selalunya berdasarkan pengalaman kami sekeluarga, bila proses kita booking terlalu smooth pada website owner tu sendiri, memang ada la nanti pelbagai masalah bila dah sampai sana. Nama takda, confirmation takda, unless kalau kami book melalui third-party macam booking.com, Expedia dan apa jua apps yang bukan direct dengan owner.

Ok.. sambung cerita...


Berikut adalah tempat - tempat yang telah kami menginap sepanjang disana.

RAC Cervantes


Big4 Woodmand Point, Perth


Turner Caravan Park


Big4 Middleton Beach Holiday Park


Discovery Park, Perth.


Ditempat kami menginap nie, kesemua mereka menawarkan kemudahan yang hampir sama seperti:

  • Kitchen,
  • Bbq area,
  • Laundry room,
  • Iron room,
  • Playground,
  • Swimming pool,
common kitchen
Kalau anda lihat ada yang paved, non paved, grass, powered dan non powered ditempat yang kami tinggal tu.

Yang itu boleh pilih sewaktu booking online, harga juga berbeza mengikut tempatnya. Paling murah ialah $49, yang kami dapat.

Memandu di Australia.




Seperti yang dah diterangkan sebelum ini, anda tidak perlukan lesen khas untuk memandu di Australia, dan kedudukan pemandu sama juga seperti di negara kita, jadi tidak timbul soal kekok memandu disana.

Malah memandu disana kira best pula sebab kat sana semuanya ikut undang - udang dan tertib. 

Parking


Disana kebanyakkannya kawasan luar bandar adalah caravan friendly, jadi takde masalah bila parking. Namun bila kami dibandar, agak sukar sebenarnya nak parking, jadi kalau boleh ambil 2 petak parking dan bayar juga untuk 2 petak kalau anda tak jumpa parking khas caravan, bas ataupun kawasan lapang.



Disana kuat saman tau, syukur kami tak kena, sebab memang dari pembacaan kami agak ramai yang kena saman pasal parking. Jadi kami amik pendekatan sentiasa berhati - hati ditempat orang biar takjadi masalah nanti.

Kat sana boleh  bayar parking pakai credit card ataupun debit card terus pada mesin.. mudahnya kan!


Minyak




Harga minyak berbeza tau untuk setiap stesen minyak walaupun dalam taman yang sama. Kat sini jadi seronok pulak cari harga minyak murah baru isi.

Kalau bukak apps google maps, memang terus keluar harga minyak - minyak yang ditawarkan disetiap stesyen.. jadi kita boleh terus jea kesana.. 

Juga harga minyak lebih murah di bandar dari di kawasan kampung. Kalau boleh dah tau nak menghala ke rural area, cepat - cepat isi di mana - mana bandar baru supaya tak kena sengat dengan harga minyak yang agak melampau di kawasan kampung jika terdesak.

Uniknya disini, bila isi minyak tu tak perlu bayar dahulu.. ala macam Malaysia zaman 80-90an dulu kan, lepas isi barulah bayar samada guna cash ataupun credit card.




Itulah serba sedikit overview tentang perjalanan kami di bumi Kanggaroo selama 6 hari...

Dalam sambungan nanti, kami akan ceritakan secara terperinci tentang pengalaman kami hari demi hari menaiki motorhome mengharungi perjalanan sejauh 1000km merentasi north-south Western Australia.

Lihat : Jalan - jalan : Maui Motorhome di Perth, Western Australia #3



1 comment:

  1. Assalamualaikum..Saya Tak sabar nak tunggu sambungan..cepat la

    ReplyDelete

Instagram